PEMAJU Hartanah M101 Holdings Sdn Bhd (M101 Holdings) menyasarkan pembinaan lapan projek hartanah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM3 bilion dalam tempoh tiga tahun.
Pengarah Eksekutifnya Datuk Seth Yap berkata, tahun ini syarikat menyasarkan tiga projek berpusat di Bandaraya Kuala Lumpur antaranya di Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Raja Chulan dengan nilai RM1 bilion.
“Fokus kami adalah pembangunan integrasi komersial dan runcit ‘semua dalam satu’ menggabungkan ciri-ciri Pejabat Kecil dan Fleksibel (SOHO).
“Saya percaya berdasarkan konsep baharu ini akan menarik lebih ramai pelabur dari China. Selain China, Jepun, Taiwan dan Hong Kong antara prospek pelaburan projek-projek akan datang,” katanya selepas Pelancaran Pelancongan Hartanah M101 di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, memandangkan tidak banyak pelaburan yang dibuat di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan China, warga asing kini mengalih perhatian kepada Malaysia sebagai destinasi pelaburan hartanah.
Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara M101 Holdings Sdn Bhd dan Best Western Hotel juga M101 dengan China Railways Construction Corporation yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah.
Dalam tempoh lima tahun, syarikatnya bakal membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi 10 projek pembangunan seperti SOHO, peruntican dan hotel.
“Kami akan bekerjasama dengan Best Western Hotel bagi projek pembinaan hotel bertaraf empat bintang,” katanya.
No comments:
Post a Comment